BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.......BiNgKiSaN HaTi SeORaNG WaNiTA....

Ya Allah…….

terlalu mudah diri ini

mengalirkan air mata

tidak tertahan

ianya dilepaskan

kerana cemburu ku
fikiran ku terganggu
rasa itu membelenggu
menikam kalbu

walaupun dia tiada kena mengena dengan diri ku
namun ceritanya cerita mereka
membuatkan ku 'terasa'
tanpa di pinta
air mata dilepaskan

hanya padaMU aku memohon
uraikanlah rasa cemburu yang satu itu
sesekali ianya menerpa
tidak tertahan rasa hati ini
sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Tuesday, September 22, 2009

....LeLaKi dan ceMbUrU???...

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx

p/s: untuk golongan wanita, masih belum ditemui tentang faktanya..sabar ya!!!!

Assalamualaikum...

Rasa macam dah lama tak jenguk blog ni..kawan-kawan apa khabar? Harap sihat selalu lah yek...
Dikesempatan ini, saya mewakili ahli kumpulan yang lain..Suhaili dan Izzati nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin andai kata ada ktelanjuran kata-kata yang tanpa sedar dah mngguris hati teman-teman..terima kasih diatas sokongan yang diberikan dan sentiasa berada dibelakang kami,membantu,menyokong,membimbing kami dalam proses kami menyiapkan blog ini tidak lama dahulu...
Berkat dengan rasa cemburu kami terhadap ahli kumpulan yang lain yang sememangnya mempunyai kepakaran dalam membina blog menyebabkan kami telah memotivasikan diri kami berusaha bersungguh-sungguh ntuk menandingi kumpulan lain walaupun tak mampu pun....hehehe dan seterusnya terus maju kehadapan (walaupun tak ler depan sgt)...hehehehehehe..

p/s: klu dr. Bushro tengok ni, jgn ler mrh ek..kuang2 da kaitan gak ngan tajuk cemburu + tak formal sgt....hehehehehe (maafkan kami puan)

Thursday, September 10, 2009

.....Mak Kundur cemburukan kemesraan antara Mal Labu dan Putih...

Tuesday, September 8, 2009

SiApA LeBiH kUaT CeMbUru??? aDaM AtAu hAwA???


BENARKAH lelaki kuat cemburu? Atau wanita yang sebenarnya terlebih cemburu kepada lelaki?

Menurut Peter Salovey di dalam The Psychology of Jealousy dan Envy, cemburu ini sebenarnya merujuk kepada pemikiran negatif, perasaan bimbang, takut dan cemas terhadap sesuatu hubungan atau kebolehan seseorang itu bakal diancam oleh orang lain. Ha, macam mana itu?
Cemburu juga sebenarnya merupakan gabungan perasaan marah dan juga kesedihan. Pernah tengok mereka yang sedang cemburu? Apa yang mereka sering lakukan? Pasti mereka sentiasa muram, murung dan langsung marah-marah.
Menurut suatu kajian yang dijalankan oleh The Ultimate Self-esteem Test, beribu-ribu wanita di seluruh dunia kini sedang mengalami masalah cemburu yang teramat sangat dan memerlukan bantuan. Aduh, bukankah ini sudah dikira bahaya!
Kawan-kawan, bukanlah tidak boleh untuk cemburu. Tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai dikata orang cemburu buta. Cemburu itu tentunya boleh bukan. Cemburu pada tempatnya. Tidak ada sesiapa pun yang melarang.
Jadi, lelaki atau wanita yang lebih kuat cemburu?
Pening untuk merungkai permasalahan ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa lelaki juga punya sifat cemburu. Cuma biasalah, lelaki ini kebiasaannya tidak menunjukkan sifat cemburunya. Lebih suka simpan sahaja. Sedangkan wanita pula tidak boleh menyorok-nyorok. Kalau dia cemburu, memang dia akan kata dia cemburu. Benar bukan?
Dan mungkin ini yang sering dikatakan wanita lebih kerap cemburu berbanding kaum-kaum adam. Tapi, ini hanyalah andaian saya sahaja ya. Sekadar untuk melembutkan sedikit hati kakak-kakak dan adik-adik kita sidang pembaca ini. Realiti sebenarnya, anda yang tahu.
Justeru teman-teman, siapa sebenarnya yang lebih kuat cemburu? Lelaki atau wanita???

Sunday, September 6, 2009

APa yanG DiMakSuDkAn dEnGaN CeMbUrU???

Cemburu ini bukanlah sesuatu yang selalu harus diertikan dengan suatu perasaan yg buruk . Ini kerana, hampir setiap orang miliki perasaan ini. Lazimnya, yang tersirat disebalik perasaan cemburu itu adalah suatu norma biasa, dimana, ia tanda bahawa seseorang mempunyai kemampuan untuk mencintai seseorang dan sekali gus tidak ingin kehilangan dia atau cemburu dengan kejayaan yang dicapai oleh seseorang.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula, cemburu sinonim dengan iri hati, hasad, busuk hati, tidak senang hati, dan geram. Selain itu, emosi ini juga ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya. Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya. Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’ seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang lain.

Walaubagaiamanapun kami mempunyai pandangan yang berbeza mengenai emosi ini Pengertian bagi dua perkataan ini adalah jauh sekali. Contohnya apabila seseorang berkata, "Saya cemburu akan kejayaan dan kepandaiannya." Padahal, yang sebetulnya adalah, "Saya iri hati dengan kejayaan dan kepandaiannya”Iri hati terhadap milik orang lain, ini dapat merosakkan dan menghancurkan hidup seseorang. Kerana sikap iri hati ini mampu mengundang permusuhan. Tetapi cemburu yang meletakkan sesuatu pada tempatnya dapat mendorong seseorang untuk menghargai dan melindungi hubungan seseorang dengan pasangannya mahupun persahabatannya. Cemburu sebegini mengandungi manfaat sebab ia membuka mata kita terhadap sesuatu yang akan hilang dari diri kita. Sebaliknya, jika perasaan cemburu ini berkembang hebat sekali dalam diri seseorang, tetapi memendamkannya. Mereka membiarkan diri mereka ditelan rakus oleh perasaan cemburu sekaligus, akan memakan diri mereka. Maka berlakulah tindakan dan keputusan yang terburu-buru tanpa usul periksa. Seharusnya, mereka yang dibelenggu perasaan ini perlu melakukan sesuatu yang dapat mendorong, sekaligus mengubahnya menjadi kekuatan positif yang bermanfaat.

Konklusinya dari segi aspek pengertian, kami ingin menekankan bahawasanya, cemburu ini bukanlah sesuatu yang buruk, selagi dalam keadaan terkawal dan berfikiran waras. Cemburu mampu untuk memotivasikan seseorang itu kearah yang lebih baik dan Berjaya dalam perhubungan ataupun dalam kehidupan.

KiSaH HaBiL DaN QaBiL....

Menurut sesetengah ulama Nabi Adam dikurniakan Allah dengan anak yang ramai . Dikatakan mereka mempunyai 120 orang putera puteri . Setiap kali Siti Hawa melahirkan anak pasti akan dikurniakan anak kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan . Menurut peraturan dan syariat Nabi Adam seperti yang dikehendaki Allah, putera puterinya akan dijodohkan antara satu sama lain .

Kembar pertama yang dilahirkan oleh Siti Hawa ialah Qabil dan Iklima. Kembar keduanya ialah Habil dan Damina. Adik Qabil iaitu Iklima mempunyai rupa paras yang cantik jelita. Namun, Damina tidak mempunyai rupa paras yang cantik seperti kakaknya .

Setelah putera puteri baginda meningkat dewasa, Nabi Adam mendapat satu wahyu daripada Allah . Menurut wahyu tersebut Allah memerintahkan Nabi Adam menjodohkan putera puterinya secara berselang seli . Ini bermakna Qabil mestilah berkahwin dengan Damina dan Habil pula berkahwin dengan Iklima. Setelah menerima wahyu itu Nabi Adam segera memberitahu putera puterinya .

Namun puteranya Qabil tidak bersetuju dan terus membantah seraya berkata “Ayah ! aku tidak bersetuju dengan keputusan ayah. Akulah yang berhak berkahwin dengan Iklima kerana dia lahir bersama-sama dengan ku ” . Qabil membantah kerana cemburu dengan terhadap adiknya, Habil . Setelah abangnya diam , Habil pula berkata “ Ayah ! Aku serahkan perkara ini kepada Allah jika demikian perintah Allah”. Kata-kata Habil ini membuatkan abangnya itu bertambah marah .

Nabi Adam diam mendengarkan kata anaknya itu. Tapi Qabil terus membantah sambil berkata “Tidak ayah..aku tetap tidak bersetuju…kalau ayah meneruskan juga bererti ayah mengasihi Habil dan membenciku”. Nabi Adam merasa serba salah dalam menghadapi masalah menjodohkan anaknya . Setelah berfikir panjang , Nabi Adam pun memberi cadangan “ Wahai putera-puteraku..kamu berdualah pergi minta keputusan dari Allah dengan membawa korban mu masing-masing . Barang siapa korbannya diterima Allah , maka dia lah yang benar ”

Pada keesokan harinya kedua-dua putera Nabi Adam itu segera pergi ke tempat yang Nabi Adam sering sujud kepada Allah . Qabil membawa sehidang buah-buahan yang sesuai pekerjaanya sebagai seorang petani. Tetapi dia membawa buah-buahan yang sudah rosak dan busuk. Maka Habil pula membawa seekor kambing yang sihat sesuai pekerjaannya sebagai pengembala yang rajin . Kedua-duanya meletakkan korban masing-masing ditempat yang disediakan .

Tidak lama kemudian , turunlah api tanpa asap menyambar korban yang dipersembahkan oleh Habil . Korban Qabil langsung tidak terusik dan berada di tempatnya . Ini bererti Habil yang benar dan dialah yang patut berkahwin dengan Iklima .

Keputusan dari Allah ini tidak juga membuat Qabil berasa puas malah dia semakin cemburu dan dendam terhadap adiknya .

Di saat inilah iblis mula menusukkan jarumnya . Iblis mula menghasut Qabil agar membunuh Habil dan menghapuskannya terus dari muka bumi ini . Akhirnya Habil telah dibunuh dengan kejamnya .

Sesungguhnya, pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah kerana terlalu cemburu, emosi akan terganggu sehinggalah melahirkan emosi-emosi negatif yang lain seperti dendam, marah, sakit hati, geram dan lain-lain. Ini akhirnya akan membawa keburukan kepada individu itu sendiri dan individu yang dicemburuinya. Berdasarkan cerita ini, jelas menunjukkan impak daripada emosi cemburu telah mencetuskan pembunuhan pertama dalam sejarah pertama tamaduan manusia.


...HakiKat SeBenar PeRasaAn CemBuRu...




Saudaraku,

hingga saat ini, ketika mata kita membaca kalimah demi kalimah tulisan ini, pernahkah kita berfikir setinggi mana ketaqwaan yang ada dalam jiwa, antara keredhaan Allah SWT dan kehendak nafsu dalam diri kita. Keputusannya ada pada kita sendiri.


Saudaraku,

Tak ada yang lebih cemburu daripada Allah SWT kepada HambaNya yang mengikuti keinginan selainNya. Perhatikanlah sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah cemburu dan orang beriman pun cemburu. Allah akan cemburu apabila seseorang melakukan apa yang di haramkan." (HR. Ahmad, Muslim). Kecemburuan Allah SWT, seperti disabdakan oleh Rasulullah SAW adalah ketika ada hamba yang lebih mengutamakan makhluk dariNya. Kecemburuan Allah SWT bahkan lebih besar berbanding manusia yang paling cemburu. Sehingga pernah suatu saat, ketika terjadi gerhana matahari, Nabi Muhammad shallallaahu alaihu wa sallam bersabda di dalam khutbahnya, "Wahai umat Muhammad, tidak ada seorang pun yang lebih cemburu dibanding Allah." (Muttafaq 'alaih).




Saudaraku,
Rasulullah SAW itu juga pencemburu. Lalu, suami soleh dan isteri solehah juga pencemburu. Ketika Sa'ad bin Ubadah berkata, "Seandainya aku menemukan seorang laki-laki bersama isteriku tentu aku bunuh ia dengan pedang, bukan dengan lempengnya tetapi dengan mata pedangnya," Maka Rasulullah SAW bersabda, "Apakah kalian merasa hairan dengan kecemburuan Sa'ad? Sesungguhnya aku lebih dibanding dia, dan Allah lebih cemburu dibanding aku." (Muttafaq 'alaih). Tentang kecemburuan isteri shalihah, suatu saat Rasulullah SAW bertanya kepada Aisyah, "Apakah engkau pernah merasa cemburu?" Aisyah Menjawab, "Bagaimana mungkin orang seperti diriku ini tidak merasa cemburu jika memiliki seorang suami seperti dirimu." (HR. Ahmad di dalam Musnadnya dan Iman Muslim).