BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.......BiNgKiSaN HaTi SeORaNG WaNiTA....

Ya Allah…….

terlalu mudah diri ini

mengalirkan air mata

tidak tertahan

ianya dilepaskan

kerana cemburu ku
fikiran ku terganggu
rasa itu membelenggu
menikam kalbu

walaupun dia tiada kena mengena dengan diri ku
namun ceritanya cerita mereka
membuatkan ku 'terasa'
tanpa di pinta
air mata dilepaskan

hanya padaMU aku memohon
uraikanlah rasa cemburu yang satu itu
sesekali ianya menerpa
tidak tertahan rasa hati ini
sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Sunday, September 6, 2009

ALLAH iTu cEMbUrU????



Kalau anda pencemburu, maka sungguh Allah Swt Zat Yang Maha Cemburu sehingga syirik menjadi dosa yang tidak terampunkan. Bagaimana membuat Allah tidak cemburu? Cemburu atau "jealous", dalam bahasa Arabnya disebut ghirah yang bererti ’semangat yang menggelora kerana tidak mahu dihina, diremehkan, atau kerana kehormatannya dikurangi’.”
Allah S.W.T yang menciptakan rasa cemburu pada manusia itu pun, adalah Zat Yang Maha Cemburu. Rasulullah saw bersabda bahawa ”Tidak ada satu pun yang lebih cemburu daripada Allah” (HR Bukhari dan Muslim).

Bagaimana Allah cemburu?
Allah Maha Pencemburu kerana kekasih, dan Dia juga cemburu bila kekasihnya melebihkan cintanya kepada pihak lain.Jika orang yang tidak beriman saja masih diperhitungkan Allah Swt, maka setiap mukmin adalah kekasih-Nya. Allah dekat dengannya, bahkan lebih dekat berbanding urat lehernya sendiri. Dia marah bila mukmin seperti tidak patuh kepada-Nya, dan Dia mengabulkan setiap pintanya. ”Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kukabulkan”.Sabda Rasulullah S.W.T, ”Sesungguhnya Allah sangat cemburu untuk orang Islam, maka seorang muslim pun harus cemburu untuk Allah” (HR Thabrani).

0 comments: