BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.......BiNgKiSaN HaTi SeORaNG WaNiTA....

Ya Allah…….

terlalu mudah diri ini

mengalirkan air mata

tidak tertahan

ianya dilepaskan

kerana cemburu ku
fikiran ku terganggu
rasa itu membelenggu
menikam kalbu

walaupun dia tiada kena mengena dengan diri ku
namun ceritanya cerita mereka
membuatkan ku 'terasa'
tanpa di pinta
air mata dilepaskan

hanya padaMU aku memohon
uraikanlah rasa cemburu yang satu itu
sesekali ianya menerpa
tidak tertahan rasa hati ini
sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Sunday, September 6, 2009

~PuNcA-PuNcA bErLaKu CeMbUrU~

Antara puncanya………..

• Tidak dapat terima orang lain lebih baik dari dirinya.
• Tidak bersyukur dengan apa yang ada dalam kehidupan.
• Tidak berpuas hati dengan kejayaan orang di sekeliling.
• Terlalu mengikut perasaan dalam berfikir atau membuat keputusan.
• Berpandangan sempit.
• Berasa diri terancam.

Contoh-contoh cemburu…..

• Ketika pasangan kita dekat dengan orang lain.
• Ketika teman baik kita lebih rapat dengan orang lain.
• Ketika ibubapa pilih kasih dalam menyayangi adik-beradik.
• Apabila bos di tempat kerja lebih menyenangi rakan kita yang lain.
• Rakan kita lebih bijak dalam pelajaran berbanding diri kita.
• Orang lain lebih kacak atau cantik daripada kita.
• Orang lain lebih kuat beribadah daripada kita.



0 comments: