BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.......BiNgKiSaN HaTi SeORaNG WaNiTA....

Ya Allah…….

terlalu mudah diri ini

mengalirkan air mata

tidak tertahan

ianya dilepaskan

kerana cemburu ku
fikiran ku terganggu
rasa itu membelenggu
menikam kalbu

walaupun dia tiada kena mengena dengan diri ku
namun ceritanya cerita mereka
membuatkan ku 'terasa'
tanpa di pinta
air mata dilepaskan

hanya padaMU aku memohon
uraikanlah rasa cemburu yang satu itu
sesekali ianya menerpa
tidak tertahan rasa hati ini
sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Sunday, September 6, 2009

KiSaH HaBiL DaN QaBiL....

Menurut sesetengah ulama Nabi Adam dikurniakan Allah dengan anak yang ramai . Dikatakan mereka mempunyai 120 orang putera puteri . Setiap kali Siti Hawa melahirkan anak pasti akan dikurniakan anak kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan . Menurut peraturan dan syariat Nabi Adam seperti yang dikehendaki Allah, putera puterinya akan dijodohkan antara satu sama lain .

Kembar pertama yang dilahirkan oleh Siti Hawa ialah Qabil dan Iklima. Kembar keduanya ialah Habil dan Damina. Adik Qabil iaitu Iklima mempunyai rupa paras yang cantik jelita. Namun, Damina tidak mempunyai rupa paras yang cantik seperti kakaknya .

Setelah putera puteri baginda meningkat dewasa, Nabi Adam mendapat satu wahyu daripada Allah . Menurut wahyu tersebut Allah memerintahkan Nabi Adam menjodohkan putera puterinya secara berselang seli . Ini bermakna Qabil mestilah berkahwin dengan Damina dan Habil pula berkahwin dengan Iklima. Setelah menerima wahyu itu Nabi Adam segera memberitahu putera puterinya .

Namun puteranya Qabil tidak bersetuju dan terus membantah seraya berkata “Ayah ! aku tidak bersetuju dengan keputusan ayah. Akulah yang berhak berkahwin dengan Iklima kerana dia lahir bersama-sama dengan ku ” . Qabil membantah kerana cemburu dengan terhadap adiknya, Habil . Setelah abangnya diam , Habil pula berkata “ Ayah ! Aku serahkan perkara ini kepada Allah jika demikian perintah Allah”. Kata-kata Habil ini membuatkan abangnya itu bertambah marah .

Nabi Adam diam mendengarkan kata anaknya itu. Tapi Qabil terus membantah sambil berkata “Tidak ayah..aku tetap tidak bersetuju…kalau ayah meneruskan juga bererti ayah mengasihi Habil dan membenciku”. Nabi Adam merasa serba salah dalam menghadapi masalah menjodohkan anaknya . Setelah berfikir panjang , Nabi Adam pun memberi cadangan “ Wahai putera-puteraku..kamu berdualah pergi minta keputusan dari Allah dengan membawa korban mu masing-masing . Barang siapa korbannya diterima Allah , maka dia lah yang benar ”

Pada keesokan harinya kedua-dua putera Nabi Adam itu segera pergi ke tempat yang Nabi Adam sering sujud kepada Allah . Qabil membawa sehidang buah-buahan yang sesuai pekerjaanya sebagai seorang petani. Tetapi dia membawa buah-buahan yang sudah rosak dan busuk. Maka Habil pula membawa seekor kambing yang sihat sesuai pekerjaannya sebagai pengembala yang rajin . Kedua-duanya meletakkan korban masing-masing ditempat yang disediakan .

Tidak lama kemudian , turunlah api tanpa asap menyambar korban yang dipersembahkan oleh Habil . Korban Qabil langsung tidak terusik dan berada di tempatnya . Ini bererti Habil yang benar dan dialah yang patut berkahwin dengan Iklima .

Keputusan dari Allah ini tidak juga membuat Qabil berasa puas malah dia semakin cemburu dan dendam terhadap adiknya .

Di saat inilah iblis mula menusukkan jarumnya . Iblis mula menghasut Qabil agar membunuh Habil dan menghapuskannya terus dari muka bumi ini . Akhirnya Habil telah dibunuh dengan kejamnya .

Sesungguhnya, pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah kerana terlalu cemburu, emosi akan terganggu sehinggalah melahirkan emosi-emosi negatif yang lain seperti dendam, marah, sakit hati, geram dan lain-lain. Ini akhirnya akan membawa keburukan kepada individu itu sendiri dan individu yang dicemburuinya. Berdasarkan cerita ini, jelas menunjukkan impak daripada emosi cemburu telah mencetuskan pembunuhan pertama dalam sejarah pertama tamaduan manusia.


0 comments: