BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.......BiNgKiSaN HaTi SeORaNG WaNiTA....

Ya Allah…….

terlalu mudah diri ini

mengalirkan air mata

tidak tertahan

ianya dilepaskan

kerana cemburu ku
fikiran ku terganggu
rasa itu membelenggu
menikam kalbu

walaupun dia tiada kena mengena dengan diri ku
namun ceritanya cerita mereka
membuatkan ku 'terasa'
tanpa di pinta
air mata dilepaskan

hanya padaMU aku memohon
uraikanlah rasa cemburu yang satu itu
sesekali ianya menerpa
tidak tertahan rasa hati ini
sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Sunday, September 6, 2009

APa yanG DiMakSuDkAn dEnGaN CeMbUrU???

Cemburu ini bukanlah sesuatu yang selalu harus diertikan dengan suatu perasaan yg buruk . Ini kerana, hampir setiap orang miliki perasaan ini. Lazimnya, yang tersirat disebalik perasaan cemburu itu adalah suatu norma biasa, dimana, ia tanda bahawa seseorang mempunyai kemampuan untuk mencintai seseorang dan sekali gus tidak ingin kehilangan dia atau cemburu dengan kejayaan yang dicapai oleh seseorang.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula, cemburu sinonim dengan iri hati, hasad, busuk hati, tidak senang hati, dan geram. Selain itu, emosi ini juga ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya. Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya. Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’ seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang lain.

Walaubagaiamanapun kami mempunyai pandangan yang berbeza mengenai emosi ini Pengertian bagi dua perkataan ini adalah jauh sekali. Contohnya apabila seseorang berkata, "Saya cemburu akan kejayaan dan kepandaiannya." Padahal, yang sebetulnya adalah, "Saya iri hati dengan kejayaan dan kepandaiannya”Iri hati terhadap milik orang lain, ini dapat merosakkan dan menghancurkan hidup seseorang. Kerana sikap iri hati ini mampu mengundang permusuhan. Tetapi cemburu yang meletakkan sesuatu pada tempatnya dapat mendorong seseorang untuk menghargai dan melindungi hubungan seseorang dengan pasangannya mahupun persahabatannya. Cemburu sebegini mengandungi manfaat sebab ia membuka mata kita terhadap sesuatu yang akan hilang dari diri kita. Sebaliknya, jika perasaan cemburu ini berkembang hebat sekali dalam diri seseorang, tetapi memendamkannya. Mereka membiarkan diri mereka ditelan rakus oleh perasaan cemburu sekaligus, akan memakan diri mereka. Maka berlakulah tindakan dan keputusan yang terburu-buru tanpa usul periksa. Seharusnya, mereka yang dibelenggu perasaan ini perlu melakukan sesuatu yang dapat mendorong, sekaligus mengubahnya menjadi kekuatan positif yang bermanfaat.

Konklusinya dari segi aspek pengertian, kami ingin menekankan bahawasanya, cemburu ini bukanlah sesuatu yang buruk, selagi dalam keadaan terkawal dan berfikiran waras. Cemburu mampu untuk memotivasikan seseorang itu kearah yang lebih baik dan Berjaya dalam perhubungan ataupun dalam kehidupan.

0 comments: