BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

.......BiNgKiSaN HaTi SeORaNG WaNiTA....

Ya Allah…….

terlalu mudah diri ini

mengalirkan air mata

tidak tertahan

ianya dilepaskan

kerana cemburu ku
fikiran ku terganggu
rasa itu membelenggu
menikam kalbu

walaupun dia tiada kena mengena dengan diri ku
namun ceritanya cerita mereka
membuatkan ku 'terasa'
tanpa di pinta
air mata dilepaskan

hanya padaMU aku memohon
uraikanlah rasa cemburu yang satu itu
sesekali ianya menerpa
tidak tertahan rasa hati ini
sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Sunday, September 6, 2009

…..KeSaN cEmbURu DaLAM kEhIDUPaN PeLaJAr…..

Sebagai pelajar hidup kita ini dipengauhi dengan pelbagai emosi. Antaranya emosi cemburu.

Dari sudut positif :

1) Lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh.
2) Tidak mudah berputus asa untuk mencapai kecemerlangan.
3) Sebagai salah satu strategi untuk melonjakkan motivasi dalam diri.
4) Supaya pelajar tidak leka dengan perkara lain apabila melihat rakan-rakan lain berjaya.
5) Pendorong kepada diri untuk berusaha memajukan diri seperti rakan-rakan yang berjaya.



Dari sudut negatif :

1) Susah untuk bergaul dengan orang yang dicemburui.
2) Menjadi tertekan melihat kejayaan rakan-rakan lain.
3) Memberi tekanan kepada rakan-rakan disekelilng
4) Menjadi seorang yang rendah diri dan malu dengan diri sendiri.


5) Susah untuk percaya kepada rakan-rakan lain.

0 comments: