Sesungguhnya setiap yang wujud di alam ini adalah ciptaan Allah S.W.T. yang Maha Bijaksana. Kita tidak boleh memandang sesuatu perkara itu dari satu sudut sahaja kerana kita juga perlu memandang istilah cemburu itu dari sudut positifnya….
i) Cemburu boleh membawa kasih sayang ,
Seorang isteri yang cemburukan suami atau seorang suami yang cemburukan isteri menunjukkan bahawa mereka sayang serta prihatin kepada pasangan masing-masing. Kasing sayang yang akan menjadi lebih erat dengan adanya perasaan cemburu yang terkawal oleh emosi. Cemburu itu tanda sayang dan sekiranya berlaku, ada manisnya, tetapi jangan sampai jadi cemburu buta kerana ia sangat melemaskan suami. Cemburu juga boleh mengeratkan lagi perasaan kasih sayang antara sahabat.
ii) Cemburu yang dapat membangkitkan semangat
Seseorang individu,apabila melihat kepada sesuatu yang melebihi apa yang ada pada dirinya perasaan cemburu akan mendorong kita supaya lebih bersemangat untuk mendapat yang terbaik.
iii)Cemburu dapat mewujudkan daya saing yang sihat.
Seorang pelajar cemburukan rakannya yang sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran. Lantas menjadikan pelajar tersebut ingin terus berusaha supaya dapat menandinginya.
.......BiNgKiSaN HaTi SeORaNG WaNiTA....
Ya Allah…….
terlalu mudah diri ini
mengalirkan air mata
tidak tertahan
ianya dilepaskan
kerana cemburu ku
fikiran ku terganggu
rasa itu membelenggu
menikam kalbu
walaupun dia tiada kena mengena dengan diri ku
namun ceritanya cerita mereka
membuatkan ku 'terasa'
tanpa di pinta
air mata dilepaskan
hanya padaMU aku memohon
uraikanlah rasa cemburu yang satu itu
sesekali ianya menerpa
tidak tertahan rasa hati ini
sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Saturday, September 5, 2009
.....KePeNtInGAn ceMBuRu DaRi sUdUt pOsiTiF.....
Posted by ~sis~ at 9:28 PM
Labels: Implikasi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment